Wednesday 20 May 2015

Suami & Isteri.

Sharing a good read,

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah RA bermaksud:

Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?”

Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.”

Kemudian aku bertanya lagi:
“Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?”
Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.”
Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”

Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”

Jadi apakah perbuatan isteri yang derhaka kepada suami?

- Menghina atau mengumpat suami pada orang lain
- Menceritakan kelemahan atau kekurangan suami pada orang lain
- Keluar rumah tanpa kebenaran suami
- Mendoakan yang tak baik pada suami
- Membenci kegemaran suami
- Menjadi tekanan pada suami
- Mengungkit janji suami

Jauhkan lah aku dari membuat yang sedemikian.

No comments: